Pada keseluruhannya keputusan sangat baik dan telah mencapai sasaran sama ada dari segi kualiti mahupun kuantiti. Peratus kelulusan mencapai 100% menandingi keputusan terbaik iaitu 97.50 % pada tahun 2007. Bilangan calon yang mencapai gred A juga melonjak daripada 22.50% menjadi 60.79 %. Keputusan ini merupakan pencapaian yang terbaik dalam tempoh 5 tahun.

Faktor kejayaan ini adalah gabungan daripada kegigihan guru-guru dan pelajar-pelajar .Antara program yang dijalankan untuk mencapai kejayaan ini ialah :

a.Ulangkaji intensif

b.Program perkongsian pintar

c.Latih tubi menjawab soalan-soalan berformat peperiksaan

d.Mempelbagaikan kaedah pembelajaran berkesan.

e.Penggunaan ICT dalam P&P agar P&P dapat menarik minat pelajar.

f.Teknik menjawab soalan peringkat sekolah dan peringkat Daerah

g.Kursus menanda kertas untuk guru-guru mata pelajaran peringkat daerah dan peringkat sekolah. 

Make a Free Website with Yola.